Hanya Amalkan Jamu & Beras Kencur, Pengasas Mustika Ratu Kekal Sihat Di Usia 94

Buat para wanita di luar sana terutama golongan berusia 30-an dan keatas, mesti ramai sinonim dengan produk jamu jenama Mustika Ratu bukan?

Mana tidaknya, jamu tradisi yang mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan.

Akan tetapi, tahukah anda disebalik kejayaan Mustika Ratu ini, hadirnya seorang insan bertungkus-lumus membesarkan empayar jamu berkenaan di serantau Asia termasuklah Malaysia.

Namun, jika dilihat pada usianya kini, pasti ramai tidak menyangka bahawa Ibu Mooryati Soedibyo sebenarnya sudah berusia 94 tahun kerana dia masih kelihatan muda seperti 50-an.

Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian. Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.

“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,”ujarnya.

Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.

Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.

Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).

Sumber: Nona 

About admin

Check Also

Aliff Syukri jumpa Shuhada nasihat selamatkan rumah tangga, netizen pula minta tinggalkan Hafidz Roshdi

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *