Siapa mahu berlakon bawah A. Aida, waj1b ada par4s rvpa – “Kena cantik & kac4k”

Penerbit drama, Datuk A. Aida tidak kisah dikec4m netizen atau penggiat seni apabila meletakkan prinsip paras rupa adalah eleman utama bagi menjadi seorang pelakon.

Menurut laporan Utusan Online, penerbit berusia 52 tahun itu menjelaskan dia mempunyai hak untuk bersuara secara peribadi walaupun mungkin terdapat pihak yang memb4ntah pendiriannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Tak kisah apa orang nak cakap atau kec4m, bagi saya wajib ada paras rupa. Nak berlakon dengan saya, kena cantik dan kacak. Bonus kalau berb4dan sasa. Pelakon muda juga salah satu kriteria.
“Selain skrip yang baik, kriteria penting dan wajib adalah paras rupa. Itu adalah formula saya untuk menghasilkan drama yang menerima tontonan ramai.
“Saya cakap wajib sebab formula itu berjaya,” kata pemilik nama Zaidah Awang itu ketika ditemui media baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Terdahulu, segelintir golongan seni pernah membid4s kenyataan A. Aida yang disifatkan tidak memahami rukun lakonan kerana sekadar memandang paras rupa sebagai ‘resipi’ kejayaan dalam sesebuah drama.

Ini termasuk pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud yang menyatakan kenyataan penerbit itu seolah-olah mengh1na ciptaan Tuhan kerana ramai individu berbakat namun kurang dari segi fizik4l.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Buku atau rukun mana mengatakan untuk menjadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?
“Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti mengh1na ciptaan Tuhan? Ramai yang mempunyai bakat lakonan hebat mengatasi paras rupa. Kenyataan itu agak bi4dap,” kata Fauziah.

Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mohd Sori) , Instagram A. Aida

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *