Dengan sekali lafaz, Sweet Qismina & Adam Lee sah suami isteri

Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri  setelah tiga tahun bercinta.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 10.40 pagi tadi di The Boathouse, Ampang dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25 menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Majls pernikahan pasangan ini dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada kedua-dua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Difahamkan, majlis kesyukuran akan diadakan pada tengah hari ini bagi meraikan pasangan pengantin baharu.

Terdahulu, semalam berlangsungnya majlis kesyukuran dan Jumaat lalu Sweet dan Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021.

Sumber: Youtube Majlis Pernikahan Adam Lee & Sweet Qismina

About admin

Check Also

“Bukan lagi k4ki melent1ng & k4ki g4duh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ay4m

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terp4lit dengan k0ntroversi melibatkan k0nflik penggugvran nama aktor Datuk Aaron …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *