Sajat Komen Video Dia Dengkvr; “Tidur Muka Menang, Cuma Bunyi Je.”

Usahawan sensasi, Nur Sajat mengakui dia terlupa untuk menutup sesi siaran langsung yang dilakukannya di platform TikTok baru-baru ini hingga dia akhirnya tertidur.

Malah ‘sesi’ tersebut ditonton ribuan pengguna TikTok sehingga mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial.

Pelbagai komen turut diberikan wargamaya, termasuk dengkvran yang didengari mereka ketika penyanyi Makhlvk Pengg0da itu sedang tidur.

“Dengkur mengalahkan jual baju. Diaorang kata Sajat bila bangun je, views rendah. Bila Sajat tidur je views naik.

“Orang kata nak tahu orang tu cantik ke tidak, tengok time dia tidur. Maknanya tidur i cantik, bunyi je. Tidur muka menang. Cuma bunyi je (dengkur).

“Tak tahulah… kita dok bercakap fasal apa tiba-tiba tertidur. Nak buat macam mana, akak ni dah tua. Terlupa nak tutup suis-suis. Kadang lupa nak tutup suis dapur, tudung periuk lupa nak tutup… biasalah tu.

“Lupa nak tutup suis telefon, terbuka je macam tu ‘teng4nga’. Lupa pula (nak tutup live TikTok),” katanya yang turut membalas dakwaan sudah nyanyuk daripada salah satu komen yang tertera.

Perkara tersebut dikongsikan Sajat yang kemudiannya dikongsi pengguna TikTok lainnya.

 

About admin

Check Also

Aliff Syukri jumpa Shuhada nasihat selamatkan rumah tangga, netizen pula minta tinggalkan Hafidz Roshdi

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *