Usia anak cecah 5 bulan, Anzalna Nasir akui tak sabar nak tambah anak

Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir mendedahkan tidak sabar untuk menambah bilangan anak namun, perlu menunggu anak keduanya, Mohamad Emirhan membesar dengan baik terlebih dahulu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar anak lelakinya itu yang sudah mencecah usia lima bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Apa yang menarik perhatian netizen, pelakon yang berusia 34 tahun itu mengakui dia tidak sabar untuk memberikan anak lelakinya itu adik baharu dan memintanya untuk membesar dengan lebih cepat bagi merealisasikan hasrat yang terbuku di dalam hatinya.

“Selamat berusia 5 bulan Emirhan! Cepat membesar ya, mama tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

Comelnya, sebijik muka ayah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegvn dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak kedua aktres itu dan ramai yang mengatakan wajahnya mirip seperti ayahnya.

Kalau macam ini, beranak banyak-banyak pun tak apa

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendoakan agar hasrat Anzalna untuk menambah anak dikabulkan dan disebabkan kecomelan anak-anaknya, mereka tidak kisah jika pelakon itu melahirkan lebih ramai cahaya mata.

Sumber: Instagram @anzalnanasir88

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *