Sheila Rusly kongsi tips bahagia pada menantu – “Jaga hati, perut & hubungan int1m”

Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly pernah memberikan tips kebahagiaan rumah tangga kepada menantunya yang juga pelakon Elisya Sandha.

Memetik laporan Xtra, penerbit berusia 51 tahun itu berkongsi, terdapat tiga tips perlu diberi perhatian oleh isteri iaitu kepentingan menjaga hati suami, makan minum serta hubungan int1m.

“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia” katanya.

Sheila berkata, pasangan suami isteri pada masa kini dilihat lebih mengutamakan hubungan int1m berbanding perkara lain.

“Ketiga baru jaga ‘4nu’ (hubungan int1m). Zaman sekarang ‘4nu’ dulu, salah! Bila 4nu dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh.
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami.
“Barulah buat hubungan int1m sekali atau dua kali seminggu,” katanya tegas tetapi sempat berseloroh.

Sementara itu, dia mengakui menantunya yang berusia 23 tahun itu sentiasa berusaha menghasilkan menu baharu demi menambat hati suami Uzair Haqimy.

“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi) , Instagram Sheila Rusly

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *