Semalam, kec0h di media sosial apabila seorang personaliti media sosial dan ahli perniagaan, Siti Jamumall terkilan dan mahu meny4man sebuah salon kerana telah meros4kkan rambutnya gara-gara tidak tahu ‘bleach’ rambut.
Tind4kannya itu membuatkan ramai tidak mempercayai ‘lakonan’ drama sed1h Siti Jamumall kerana sering ‘prank’ warganet bagi memperkenalkan sesuatu produk atau raih populariti.
Sedih gila bila rambut hancur mcm ni
Melihat kepada situasi berkenaan, pengarah dan penerbit, Micheal Ang turut bersuara dan mengkritik mengenai tindakan tersebut menerusi Instagram Live semalam. Micheal berkata, Siti sebenarnya tak tahu proses sebenar ‘bleaching’ rambut.
“Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa sejam dua, bukannya setengah jam seperti didakwanya. Saya pun bleach rambut dan prosesnya mengambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.”
“Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugvr banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami kegvguran rambut,”jelas Michael.
Tegas Michael, tindakan Siti itu jelas mahu ‘tipu’ bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai ‘bleaching’ terutama rambut yang halus dan tak kuat.
Michael juga mengatakan tindakan video memuat naik video tersebut jelas menunjukkan ia hanyalah konten dan mahu memperb0dohkan satu Malaysia.
“Ala.. sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bod0h.
“Kau nak buat konten boleh, tak ada sesiapa cakap tak boleh. Tapi, bolehlah konten yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat konten untuk orang kvtuk,”ujarnya lagi.
Michael berpendapat, setiap konten yang dimuat naik sebagai ‘marketing’ terutama mengajak ramai mengvtuk seakan-akan membuatkan mereka lebih dikenali.
Dalam masa sama, Micheal mencadangkan kepada Siti Jamumall untuk pergi ke salon miliknya terletak di Pavilion bagi membuat rawatan seperti bleaching dan colouring.
Sumber: Gempak !