Hormat senior, ramai puj1 tind4kan Arif Aiman salam & c1um tangan Amri Yahyah

 

Setiap aksi pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi bukan sahaja memuk4u peminat bola sepak tempatan di atas padang, bahkan sikapnya di luar waktu perlawanan juga menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna TikTok dikenali @hunydedear, dilihat Arif sangat mengh0rmati pemain lebih senior apabila dia menc1um tangan pemain Sabah FC, Amri Yahyah.

Dalam video itu, Arif dilihat menyalam tangan Amri selepas disapa dalam perlawanan akhir Liga Super melibatkan dua pasukan terbabit di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

@hunydedear ramai mak-mak nak buat menantu budak ariff ni… igt!? pesan TMJ, jgn cari artis, cari yg mcm kami jer hahahahahahahaha.. @Sabah FC @bolamalaysia @johordtfc @johor.oficial #sabahvsjdt #sabahfc ♬ original sound – hunydedear

Difahamkan, ketika perl4wanan dih3ntikan seketika disebabkan pemain Sabah FC mengalami keced3raan, Arif dilihat sedang menunggu wisel ditiup oleh pengadil bagi meneruskan permainan.

Alhamdulillah, bagusnya dia…

Tindakan spontan Arif bersalaman dan menunduk kepala untuk menc1um tangan Amri yang juga bekas pemain JDT menerima pujian netizen kerana menghormati senior.

Ramai mak2 nak buat menantu ni

Selain itu, pengguna tersebut sempat bersel0roh mengatakan personaliti pemain berusia 20 tahun itu menjadi pilihan ibu-ibu diluar sana sebagai menantu.

“Terbaiklah Arif Aiman, memang hormat senior. Tahap lejen Amri ini sampai salam c1um tangan. Ramai mak-mak nak buat menantu ini. Ingat pesan TMJ (Tunku Mahkota Johor), jangan cari artis, cari yang macam kami ini,”tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen hantaran.

Terdahulu, nama Arif menjadi bualan selepas membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta keluaran Proton model X50.

Sekadar info, aksi cemerlang JDT menewaskan Sabah FC 3-0 sekaligus telah mengekalkan rekod tanpa kal4h dalam 22 perl4wanan yang mengesahkan kehebatan pasukan tersebut sebagai juara Liga Super kali kesembilan berturut-turut itu.

Sumber: TikTok @hunydedear

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *