Bukan sahaja kisah sil4mnya yang menjadi perhatian, malah ukir4n t4tu di bahagian leher peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Fuad Rahman turut diperhatikan.
Menurut Fuad, dia sememangnya mempunyai niat untuk membuang ukiran tersebut namun berubah fikiran selepas bertanyakan perkara itu kepada ustaz.
“Memang dari dulu saya ada niat nak buang t4tu, tapi ada kenalan saya tanya pada ustaz dan dia beritahu kalau setakat t4tu itu sedikit boleh buang.
“Tapi kalau banyak dan memud4ratkan tu tak apa tak buang. Macam saya, t4tu saya ada banyak… bukan hanya ini (leher) tapi memang banyak… macam blackboard,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Fuad turut memberi nasihat kepada generasi muda agar tidak tersalah langkah sepertinya.
“Walaupun ia dah berlalu tapi sejujurnya saya sendiri menyes4l. Sebab itu saya nasihat orang-orang muda janganlah buat, nanti kemudian hari akan menyes4l,” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Singapura itu mendedahkan kisah silamnya yang pernah menjalani hukum4n penj4ra sebanyak tiga kali atas kesalahan d4dah.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Sumber : Gempak