Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi sebuah potongan video menyer4mkan apabila anak perempuannya, Ameena Sofea secara spontan menujukkan sesuatu yang dikatakan ‘rakannya’ ketika mereka bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Shakilla, dia bertanya kepada Ameena siapa yang dim4rahinya, lalu dijawab dia mem4rahi kawannya sambil menunjukkan tangan ke arah satu sudut dalam bilik hotel yang didiami mereka.
Lebih menyer4mkan lagi, apabila bahagian sudut yang ditunjukkan Ameena tidak kelihatan sesiapa pun ketika dilihat Shakilla.
Malah Ameena turut mengajak kawannya yang dikenali sebagai ‘Comot’ untuk keluar meninggalkan bilik hotel itu.
@shakillakhoriri Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…… ??? #SKnASJourney ♬ original sound – shakillakhoriri
Bagaimanapun, jelas Shakilla dia hanya perasan mengenai ‘rakan’ anaknya itu selepas melihat semula rakaman video berkenaan sewaktu sudah pulang ke rumah.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas turut berasa ser4m dengan perkongsian Shakilla.
Malah ada juga segelintirnya yang menasihatkan Shakilla untuk membawa anaknya itu berjumpa dengan Ustaz bagi mendapatkan raw4tan.
Untuk info, Ameena merupakan anak hasil perkahwinan Shakilla bersama bekas suami yang merupakan seorang penyampai radio, Fizi Ali. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan memutuskan untuk bercer4i pada Disember 2021.
Sumber : Gempak