Sharifah Zarina cuba nasib, mahu jodohkan anak dengan MK K-Clique

Baru-baru ini, penyanyi rap MK-Clique memuat naik beberapa foto di laman Instagram memaparkan dia duduk berseorangan di atas pelamin sehingga ramai gadis menawarkan diri menjadi suri hatinya.

Bukan saja orang biasa, malah penyanyi Sharifah Zarina juga mahu menjodohkan anak perempuannya Athalia Deena Baswani dengan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.

Mencuba nasib!

@realsharifahzarina Cuba nasib@MK K-CLIQUE ♬ original sound – Sharifah Zarina

“Hai MK, awak cari calon bini ya? Insya-Allah boleh. Eh bukan untuk saya, bukan. Tapi saya janji saya boleh jadi mertua yang baik. Insya-Allah,” katanya dalam video berdurasi 23 saat itu.

Video tersebut kemudian memperlihatkan reaksi terkejut anaknya yang berusia 19 tahun itu selepas ditanya sekiranya dia mengenali MK dan mahu berkahwin dengan lelaki berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur dengan tindakan Zarina yang disifatkan ‘sporting’ kerana mengusik anaknya soal jodoh.

Mak idaman ramai ni

Mentua moden.. bukan main eh

Anak dah dapat ‘green light’!

‘Sporting’ je mama dia

Saya nak kahwin dengan Athalia

Sebelum ini, MK dikatakan sudah mempunyai teman istimewa apabila memuat naik foto bersama seorang wanita dalam sebuah posting di Instagram miliknya.

Sumber: Instagram MK , TikTok Sharifah Zarina

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *