Penyanyi rap sensasi, Caprice kembali menjadi perbualan ramai di media sosial apabila kerap melakukan pended4han berhubung jen4yah s3ksual memb4bitkan gol0ngan pend4kwah.
Terbaru, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi satu paparan skrin memaparkan perbualan individu yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’ dengan seorang remaja di aplikasi WhatsApp.
View this post on Instagram
Menurut Caprice yang juga aktivis kemanusiaan, perbualan tersebut adalah antara cara bagaimana ‘s3xual grooming’ itu berlaku dimana si pel4ku akan ‘bermain em0si’ dengan m4ngsa sehingga diperdaya.
Menerusi paparan skrin itu, ustaz berkenaan seperti melvahkan per4saan sed1hnya serta memerlukan seseorang yang meny4yangi dan mengambil berat tentang dirinya.
“Kalau macam tu, satu hari, ustaz nak p1njam lengan Din untuk lvah apa ustaz nak luah. Dalam hidup ni, ustaz nak cari orang yang betul sayang dan caring ustaz,” itu antara luahan ustaz tersebut.
Seolah-olah kasihan dengan ‘nasib’ ustaz, remaja terbabit dilihat hanya melayan perbualan itu selain mengakui dia seorang anak m4nja terhadap keluarganya.
“Saya setiap minggu free (ada masa) ustaz. Ustaz nak pakai saya ambil la. Parents saya pun okey je. Saya pun memang jenis manja dengan mak saya,” balas remaja itu.
Bagaimanapun, Caprice tidak menyebut nama sebarang individu terlibat sebaliknya memaklumkan bahawa m4ngsa sudah bertemu dengannya untuk berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut.
Sumber: Instagram Caprice