“Jij1k dengan manusia c4ci kutvk. Tu bayi la lah4n*t…” – Izara Aishah

Pelakon terkenal Izara Aishah meluahkan rasa m4rah dengan sikap segelintir individu yang memberikan kata-kata kes4t terhadap bayi yang tidak bersalah.

Luahan menerusi satu ciapan laman Twitter itu dipercayai berhubung isu pendedahan wajah anak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia seolah-olah kesal dengan golongan tersebut yang bertindak menc4ci, mengvtuk dan mengh1na bayi comel berkenaan.

“Jij1k dengan manusia yang c4ci, kutvk, h1na budak. Tu Bayi la lahan*t. May you rot in hell,” tulis Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin.

Meskipun tidak menyebut nama sebarang individu, rata-rata warga Twitter yakin bahawa luahan tersebut ada kaitan dengan Muhammad Bilal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Meninjau di ruangan komen, ramai bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Vanilla Coklat itu yang turut ger4m melihat segelintir netizen bersikap ‘toks1k’.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan mereka meminta Izara supaya mengawal emosi kerana perkataan ditulis tidak sesuai dengan penampilannya yang sopan menutup aurat.

Dengan ‘baby’ pun ramai busvk hati

Ada yang miskin adab

Kesian Bilal, sebab tu Neelofa tak nak dedah wajah

Mesti str3s kalau jadi kat aku

Tapi terkejut tengok bahasa awak, betul ke ni Izara?

Terdahulu, Neelofa meluahkan kekecewaan apabila ada pihak menyunting wajah anaknya berusia sembilan bulan itu sehingga mengubah muka Bilal yang sebenar.

Malah, terdapat juga seorang pengguna laman Facebook memberi pendapat bahawa wajah Bilal tidak secomel disangka berbanding anak selebriti lain.

Sumber: Twitter Izara Aishah , Instagram Neelofa

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *