Berdepan empat pertuduh4n, Aliff Syukri tiba di mahk4mah

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba di Mahkamah Sepang sebentar tadi berhubung dakwaan memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Menurut laporan Utusan Online, usahawan berusia 35 tahun itu tiba di kompleks mahkamah dengan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sebelum disambut peguamnya.

Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, dia akan berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.

Terdahulu, Aliff yang juga seorang penyanyi dipanggil SKMM untuk memberi keterangan berhubung satu klip video muzik sempena Aidilfitri.

Difahamkan, video muzik tersebut mengundang kontroversi apabila dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Rata-rata netizen mengec4m kerana ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian menc0lok mata.

Malah, ia juga disifatkan tidak sesuai untuk tontonan apatah lagi dimuat naik ketika di bulan Ramadan.

Sumber: Utusan Online (Mohd Husni Mohd Noor)

About admin

Check Also

K0ngsi Tips Sab4r Dengan Per4ngai Pas4ngan, Net1zen Suruh Watie Kahwin Dulu – “Pandainya Bercakap..”

Seperti yang ramai tahu, pelawak dan penyampai radio, Shuib bakal mendirikan rumah tangga bersama kek4sih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *