Nama usahawan muda produk minuman kesihatan dari Kel4ntan iaitu Ayunie rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, sebelum ini dia menjadi bualan netizen gara-gara mendakwa dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia sehingga mencetuskan reaksi dan krit1kan ramai.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh Ayunie di laman TikToknya, dia menunjukkan pencapaiannya bersama rakan yang lain dalam perniagaan mereka sehingga hasil jualan mencecah puluhan juta.
@ayunieso24 Ingat bestiee kita ada impian ! geng2 jutawan vitamilk hadirrrr ✅ #ayunieso #foundervitamilk #viral #remajapalingkaya #fyp #rempitontiktok #rempit #jutawantiktok #jutawanmuda #juta #bestfriend #bestie #kawan #girls ♬ suara asli – ichi ocha✨?
Dalam video yang berdurasi pendek itu, kelihatan dia bersama dua orang rakannya yang terlibat dalam perniagaan yang sama itu ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hin4 ke kawan dengan remp1t?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa isu rempit diketengahkan dalam video tersebut kerana ia boleh membuatkan sesetengah pihak terasa dengan kenyataan sebegitu.
Alhamdulilah, semangat untuk berjaya dalam bisnes!
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen meluahkan rasa k4gum mereka terhadap kejayaan yang dicapai oleh usahawan yang berusia 19 tahun itu dan mendoakan agar persahabatan mereka kekal hingga ke jannah.
Sumber : OMM