Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan video peniaga nasi lemak yang menyerang gerai bersebelahan dengannya kerana dikatakan menjual juadah yang sama.
Dah kena angkut
Disebabkan tindakan tersebut dirakam dan tular di media sosial terutamanya di Twitter serta TikTok, gerai peniaga berl4gak t4iko itu telah ‘di4ngkut’ oleh pihak berkuasa pagi tadi.
Dia yang berniaga di hadapan Plaza Vads dilihat dikerumuni oleh pihak berkuasa yang mungkin telah menerima laporan berhubung tindakannya yang berk4sar dengan peniaga lain di kawasan berkenaan.
Orang yang minta jual nasi lemak
Berbalik kepada video tular berkenaan, peniaga yang diserang dikenali sebagai Norli Ana telah bersuara di media sosial dengan menceritakan hal sebenar yang terjadi ketika diser4ng oleh peniaga terbabit.
Niat nak tolong adik cari rezeki
Menurutnya lagi, sebenarnya dia kasihan dengan adiknya yang baru sahaja berhenti kerja. Oleh itu, dia mengambil inisiatif untuk membantunya berniaga dan langsung tidak ada niat mengg4nggu makcik tersebut.
Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak ada pergi ke tapak tempatnya berniaga dan m4rah-mar4h menyuruhnya menutup gerai seperti yang dilakukan.
Ujar Norli Ana, juadah nasi lemak itu dibuat kerana ramai pelanggan dalam kalangan pekerja pejabat memintanya menjual menu tersebut dan bukannya mahu menggangu rezeki peniaga terbabit.
Selain itu, netizen yang dari semalam sudah ‘bertapak’ di media sosial untuk mengetahui hal tersebut turut menjumpai komen dari seseorang yang dikatakan menjelaskan punca sebenar peniaga berkenaan diser4ng.
Peniaga2 di situ katanya memang m4rah dengan perakam
Menurut pengguna media sosial dikenali sebagai Jingging Fever, perakam yang berkongsi video pertengk4ran itu sebenarnya yang menjadi punca.
Dia mengatakan bahawa peniaga-peniaga berniaga dalam keadaan tenang sebelum kehadirannya di lokasi tersebut. Dia juga memaklumkan tidak selesa dengan kehadirannya dan berharap dia menutup gerainya segera.
Walau bagaimanapun, komen tersebut sudah tiada lagi selepas hebat dikec4m netizen kerana menyokong peniaga nasi lemak itu menyerang peniaga lain sesuka hati. Difahamkan, dia merupakan peniaga air balang di sekitar kawasan tersebut.
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara itu walaupun ada sumber mengatakan mereka yang menyerang gerai peniaga lain itu telah disaman.