Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin yang berusia 76 tahun disahkan meningg4l dunia akibat jangkit4n kum4n dalam p4ru-p4ru pada jam 4.30 di di Hosp1tal Shah Alam (HSA), petang tadi.
Menurut laporan Berita Harian, khabar sed1h itu dimaklumkan sendiri oleh anak perempuannya, Aqeela, dimana bapanya yang ditidurkan sejak akhir bulan lalu telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga.
“Abah saya, Hisham Ahmad Tajudin kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.
“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, abah meningg4l dunia akibat jangkitan kum4n dalam paru-paru. Ia kemudian mereb4k ke organ lain sehingga tidak berfungsi.
“Abah dikhabarkan tervk sejak malam tadi, di mana hosp1tal hubungi saya memberitahu abah sudah ten4t. Jadi, kami sekeluarga, berada di sisi Abah sejak malam tadi sehingga Asar. Abah meningg4l di hadapan saya, suami saya dan ibu,” katanya.
Difahamkan, pihak hosp1tal masih menguruskan jenazah bapanya dan disebabkan itulah dia tidak dapat mendedahkan maklumat pengebumian.
Redha dengan pemergian bapanya itu, Aqeela memohon orang ramai untuk mendoakan agar arw4h ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Saya reda dengan takdir dan ketentuan Allah. Daripada abah menahan s4kit lama-lama, lebih baik Allah ambil. Tadi senang saja abah pergi, tiada tercvngap-cvngap nafas. Abah pergi dengan tenang, Alhamdulillah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arw4h abah,” jelasnya lagi.
Untuk info, sebelum ini Allahyarham Hisham telah ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA dan hanya bergantung kepada mesin sokongan.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)