Neelofa tak mahu tampil berdua dengan artis lelaki dalam program TV

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa lebih selesa menjayakan program televisyen bersama rakan artis wanita berbanding lelaki memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

Menurut laporan mStar Online, selebriti berusia 33 itu berkata, perkara tersebut bukan syarat ditetapkan suaminya Haris Ismail sebaliknya atas kemahuan dirinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai.
“Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri,” katanya pada sidang media program bual bicara Next To Neelofa musim kedua di Astro, semalam.

Neelofa berkata, dia bagaimanapun tidak menolak kerjasama dengan rakan artis lelaki jika terdapat individu lain yang terbabit dalam sesebuah program itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Jadi kalau ada tetamu lelaki sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay.
“Saya ambil kira apa yang dipaparkan, apa yang dipertontonkan,” ujar bekas pengacara MeleTOP itu.

Sementara itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan, pendirian dilakukannya tiada kaitan dengan anggapan netizen sebaliknya mementingkan m4ruah suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga m4ruah suami saya.
“Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga. Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa itu adalah benda yang baik.
“Buat apa kita nak jadikan benda itu sebagai syarat. Mana-mana isteri lain pun boleh pertimbangkan benda itu,” kongsinya.

Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin) , Instagram Neelofa

About admin

Check Also

Ri4k Wajah Pelajar-Pelajar Tahfiz Ketika Dolla Buat Persembahan Di Majlis Iftar Tarik Perh4tian Net1zen

Baru-baru ini tvlar satu v1deo menunjukkan penyanyi kumpulan wanita, Dolla menyanyikan lagu raya dalam satu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *