Hati ibu mana yang tidak tergvris apabila anak yang dikandung selama 9 bulan menjadi bahan ejekan dan dikvtuk dengan kata-kata yang meny4kitkan hati.
Gambar anak kepada selebriti terkenal, Neelofa yang ‘bocor’ di media sosial kelmarin sememangnya membuat heboh apabila ramai yang berpendapat bahawa tindakan menyebarkan wajah Muhammad Bilal tanpa kebenaran adalah sangat tidak patut.
Neelofa luah kekecewa4n
Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan bekas pengacara Meletop itu menutup wajah anaknya, namun mereka tetap merasakan apa yang dilakukan oleh netizen terbabit sangat keterl4luan.
Neelofa juga dalam satu temu bual mengakui kec3wa dengan apa yang terjadi kerana sepatutnya dia sebagai ibulah yang harus mendedahkan anaknya kepada media dan bukan dengan cara sebegitu.
Dah puas hati?
Enggan lagi mengulas isu tersebut, Neelofa akui yang tindakan individu terbabit memang sudah mel4mpau kerana cuba menjadi orang pertama yang mendedahkan wajah Bilal.
Akan tetapi, pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33 telah menulis di Insta Story miliknya dengan berasa begitu sed1h apabila ada pula netizen yang mengedit wajah Bilal menjadi orang lain dan pastinya ia benar-benar membuatkannya berasa terluk4.
“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gabar yang edit fake tu… dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?
“tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” tulisnya
Jangan mel4mpau dalam sesuatu perkara
Dalam pada itu, Neelofa turut meminta orang ramai supaya tidak melampau dalam melakukan sesuatu perkara seperti mengubah wajah bayi semata-mata untuk kepuasan hati sendiri sehingga muncul pelbagai fitn4h.
Dia juga berharap netizen menjaga hati dan perasaan para ibu yang melalui kesusahan sewaktu mengandung serta melahirkan anak.
Luahan tersebut berkemungkinan dibuat susulan tularnya beberapa gambar Bilal yang telah diedit dan dijadikan bahan jenaka di media sosial selepas wajah kanak-kanak tersebut diambil tanpa kebenaran ketika berada di klinik.
Selain daripada gambar yang telah diedit, ada juga komen yang dilihat ‘jah4t’ kerana meninggalkan pelbagai kata-kata negatif kepada anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa itu.
Sumber: Instagram Neelofa