Jalan raya merupakan satu lokasi yang sangat bahaya dan bukan tempat untuk bermain-main ataupun menunjukkan kehebatan.
Jika tersilap langkah, boleh saja berlaku kem4langan yang tidak diingini termasuklah kehilangan nyawa.
Namun, ada juga yang masih tidak ser1k dan tetap melakukan perkara kurang bijak seperti berlumba tanpa memikirkan ris1ko serta beberapa kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.
Mat motor tunjuk handal
Menerusi perkongsian rakaman dashcam kenderaan yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @nanmanjoi8715, dia telah memuat naik video terbabit yang memperlihatkan beberapa penunggang motosikal sedang mencelah di antara kenderaan-kenderaan lain di lebuh raya.
Siap buat aksi superman sebelum kena gil1s member sendiri
Dalam video tersebut, mereka dipercayai membawa motosikal dalam keadaan laju serta membuat aksi ‘superman’ sehingga salah seorang daripada mereka mel4nggar belakang kereta.
Apa yang membuatkan ramai ‘ser4m’ adalah rakan kepada m4ngsa yang terj4tuh telah mel4nggarnya dan dia terkulai di tengah-tengah jalan raya.
Perkara itu dikongsikan juga di laman Facebook Dashcam Owners Malaysia dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.
“Nanti pemandu kereta pula kena s4man dengan family remp1t”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang lebih simpati terhadap pemilik kenderaan yang dil4nggar oleh mereka berbanding kem4langan melibatkan mat-mat motor tersebut.
Mereka juga merasakan tindakan geng motor melakukan aksi superman itu sangat berbahaya dan pastinya merugikan banyak pihak.
Mahal woi nak repair body kereta
Tak pasal owner kereta kena tanggung rugi
Kesian kereta insurans motor dahla kecil
Nanti geng2 mereka tetap salahkan kereta
Kesian dekat orang yang ikut peraturan tapi jadi m4ngsa
Walau bagaimanapun, lokasi dan waktu asal kejadian tersebut tidak dapat dipastikan dan video dashcam tersebut tular di media sosial sejak semalam.
Kondisi mangsa yang kemalangan juga tidak dapat diketahui lagi namun semoga semua yang terlibat di dalam kejadian berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: Twitter @nanmanjoi8715, Facebook Dashcam Owner Malaysia