S4kit bukan alasan, nenek Neelofa tak pernah tinggal baca al-Quran

Nenek kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa iaitu Bibi Khoteha Yusof memberitahu dia tidak pernah meninggalkan membaca Al-Quran dalam kehidupan harian meskipun berada dalam keadaan s4kit.

Memetik laporan Sinar Harian, Bibi berkata, dia pernah menjalani pembed4han sebelum ini, namun tetap istiqamah membaca Al-Quran kerana percaya ia merupakan penawar terbaik bagi merawat semua jenis peny4kit.

“Selepas menjalani pembed4han, saya tetap meneruskan membaca dan tak pernah tinggal baca al-Quran. Saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.”ujar Bibi.

Tambah warga emas berusia 77 tahun, guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun pada ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Dan, ia bukanlah alasan terbaik untuk elakkan diri daripada tidak membaca al-Quran.

“Saya s4kit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,”ujarnya lagi.

Bibi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Malah, Bibi juga menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Sumber: Sinar Harian ( Nurfardlina Izzati Moktar)

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *