Suruh isteri ambil air cuci tangan, Ryan Bakery diberi sudu kotor – “Basuh kat singki”

Meskipun sudah berkahwin, personaliti TikTok popular Ryan Bakery masih menjadi tumpuan ramai apabila kadang-kala menunjukkan sisi berbeza sebagai seorang suami.

Terbaru, personaliti berusia 27 tahun itu dilihat sedang menjamah makanan bersama isterinya Elyia Ibrahim menerusi perkongsian video oleh @cherrie.alma di aplikasi TikTok.

Acah-acah tak t4kut bini

@cherrie.alma Bini dia memang hati batu ? #Ryanbakery ♬ original sound – Cherry??

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Ryan kemudian meminta tolong isterinya mengambil air di singki untuk membasuh tangan selepas mereka selesai makan.

Bagaimanapun, cubaan untuk menjadi tegas itu tidak menjadi apabila dia dihulurkan sudu kotor yang telah digunakan daripada isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Secara tidak langsung, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery terpaksa bangun dan pergi ke singki sekali gus membasuh tangannya sekali.

Meninjau di ruangan komen, tindakan isterinya itu mengundang rasa terhibur netizen yang rata-rata menyifatkan Elyia ber4ni membalas arahan suaminya dengan cara halus.

Terus kena basuh kat singki

Laju angguk, ‘the power of wife’

Bini baru jeling sikit je…

Sekali basuh sudu garfu sekali

Baru nak ‘test power’ jadi suami

Sumber: TikTok @cherrie.alma , Instagram Ryan Bakery

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *