PENGACARA dan penyampai radio Nabil Ahmad memberitahu meskipun masih berasa terkejvt tetapi reda dengan pem3rgian bapa tersayang iaitu Ahmad Ismail pada petang Jumaat.
Nabil berkata, sebagai anak dia juga bersyukur kerana dapat mengajar bapanya mengucap dua kalimah syahadah sebelum Allahyarham ditidurkan pada Khamis lalu akibat kandungan oksigen dalam darah menurun.
“Sejujurnya kami sekeluarga memang masih dalam keadaan terkejut kerana abah tidak pernah s4kit teruk sebelum ini melainkan mempunyai penyakit di4betes.
“Arw4h ada mengadu s4kit d4da minggu lalu dan dia dimasukkan ke hospit4l untuk menunggu giliran pembed4han pintasan j4ntung.
Nabil sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah sebelum ditidurkan pada Khamis lalu
“Khamis lalu doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan abah tidak stabil dan saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan tak sangka itu adalah komunikasi terakhir kami sebelum dia ditidurkan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Tambah Nabil, meskipun terkejut dan sed1h, dia sekeluarga bersyukur semua urusan dipermudahkan Allah apatah lagi bapanya meningg4l dunia pada hari Jumaat.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu kehilangan bapanya turut memberi kesan mendalam buat ibunya yang sudah tujuh tahun menjalani raw4tan di4lisis akibat s4kit buah pinggang.
Pemergian arw4h juga membuatkan Nabil sedar bahawa dia perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu serta ibu bapa mentua sementara masih ada kesempatan.
“Selama ini ibu saya kuat menjalani dialisis kerana abah kerana baginya abah adalah sumber kekuatan untuknya terus hidup.
“Siapa sangka abah yang pergi dahulu. Jadi sekrang ini saya perlu berada di sisi ibu untuk beri dia kekuatan.
“Sebelum ini kita hanya melihat orang lain kehil4ngan ibu bapa dan sekarang saya sendiri merasainya dan membuatkan saya sedar sebagai anak kita perlu meluangkan lebih masa bersama mereka sementara diberi kesemp4tan,” katanya.
Berkongsi kenangan bersama arwah, Nabil berkata dia mewarisi bakat menghiburkan orang daripada bapanya yang suka berjenaka dengan anak-anak.
Meskipun bapanya seorang yang tegas namun arw4h telah menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap mereka adik-beradik sepanjang hayatnya.
Nabil mahu lebih memberi perhatian kepada ibunya yang juga kurang sih4t.
“Saya selalu kata bakat melawak ini adalah daripada abah, dia suka membaca kisah-kisah kelakar dan berkongsi kepada anak-anak.
“Arw4h abah seorang yang tegas dan baik hati. Dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik. Dia juga sangat menjaga kisah peribadi dan tidak suka melepak di kedai kopi selepas pulang kerja dahulu,” ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang urusan kerja sebagai penyampai radio dan pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), kata Nabil dia sudah memohon kerjasama pihak produksi untuk diberi cuti sehingga hujung minggu ini sebelum kembali bertugas.