Pelakon veteran, Roslan Saleh dimaklumkan bahawa kesihatannya kini semakin mer0sot gara-gara menghidap penyakit kenc1ng m4nis.
Memetik laporan Gempak, pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik merupakan individu yang kerap menziarahi pelakon tersebut dan mendedahkan bahawa Roslan sudah tidak melihat lagi kerana sar4f matanya telah dim4tikan oleh doktor.
Kongsi Ustaz Taufik, saraf mata Roslan atau mesra disapa Pak Lan itu dimatikan atas sebab untuk menghilangkan rasa s4kit dan pening kepala yang dialaminya akibat kenc1ng m4nis.
“Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah m4tikan s4raf mata, jadi memang dia tak boleh tengok langsung seumur hidup.
“Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepada dia kerap s4kit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa m4tikan saraf mata.
“Proses itu dilakukan sekaligus ketika dia jalani pembed4han kaki yang sudah dijangkiti kum4n. Dia dah tak boleh jalan sejak beberapa lalu disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.
“Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut,” jelasnya kepada Gempak.
Bukan itu sahaja, Ustaz Taufik turut mendedahkan bahawa sebelum ini Pak Lan tetap berniaga di tepi jalan walaupun kesihatannya berada dalam keadaan yang tidak baik.
“Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan s4kit. Anak dia yang bantu sekali berniaga tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.
“Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula. Itulah sumber pendapatan Pak Lan.
“Dari dulu Pak Lan memang tak ada nak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur,” katanya lagi.
Menurut Ustaz Taufik, sesiapa yang ingin membantu meringankan beban Pak Lan boleh menghubungi isteri atau anak-anaknya.
Untuk info, Pak Lan telah mengusahakan perniagaan secara kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
Lagi, sejak kesihatannya tidak mengizinkan pada 2018, Pak Lan tidak lagi aktif dalam industri lakonan.
Sumber: Gempak