Reda dijemput Ilahi ketika umrah, Wan Maimunah nak pakai persalinan putih sepanjang di Makkah

BERPELUANG mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua Disember ini, pelakon Wan Maimunah tidak mampu menahan air mata apabila ada pihak ingin menaja pemergiannya ke Tanah Suci.

Wan Maimunah berkata, pemergian ke Makkah kelak adalah tajaan seorang hamba Allah yang enggan mendedahkan identitinya dan cukup gembira apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Individu itu memaklumkan bahawa ada hamba Allah yang ingin menaja saya menunaikan umrah dan dia bertanya sama ada saya mahu atau tidak. Siapa yang tak mahukan?

“Saya terus men4ngis apabila mendapat perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci nanti,” katanya kepada mStar.

Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem berjudul Dosa Tak Terampun di Kuang, Selangor pada Khamis.

Wan Maimunah tak sabar nak ke Tanah Suci Disember ini.

Dalam pada itu, Wan Maimunah turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pihak sebelum berangkat ke Makkah kerana tidak pasti sama ada umurnya masih panjang.

Katanya, dia juga reda jika hayat hidupnya berakhir di Tanah Suci kerana itu semua adalah kehendak-Nya.

“Andai kata Allah ambil semula hak-Nya dan saya tak kembali lagi ke sini, saya reda. Ini semua adalah kehendak-Nya.

“Saya mohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci. Halalkan segala makan minum saya. Saya juga maafkan apa sahaja salah silap orang terhadap diri saya,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan ke Makkah, Wan Maimunah berkata, dia menyimpan hasrat memakai pakaian berwarna putih sepanjang di sana kelak.

“Kali ini saya nak buat persalinan semuanya berwarna putih. Sebelum ini ada juga saya pakai baju warna lain ketika mengerjakan ibadah di sana.

“Kenapa tidak boleh beli baju baru untuk ke umrah sedangkan kalau sambut hari raya atau pergi kenduri kita boleh sahaja beli baju baru… inikan pula nak pergi beribadah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap tentang lakonan dalam drama Dosa Tak Terampun, Wan Maimunah memberitahu dia sanggup menanggung kes4kitan demi mendalami wataknya.

“Kenapa tidak boleh beli baju baru untuk ke umrah sedangkan jika kita sambuat hari raya atau mahu pergi kenduri boleh sahaja berbuat demikian. Inikan pula untuk pergi beribadah,” katanya.

Wan Maimunah mahu mengenakan persalinan putih sepanjang di Tanah Suci.

Sebagai pelakon berpengalaman, Wan Maimunmah berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk merasai keperitan watak diberikan pengarah.

“Saya letak batu pada tapak kaki supaya pergerakan dan kes4kitan yang saya rasa itu konsisten sepanjang berlakon. Kalau tak buat begitu mungkin kita akan lupa dan perjalanan watak nampak tidak sama.

“S4kit memang s4kit tapi demi menjiwai watak saya tidak kisah,” jelasnya.

Telefilem arahan Bade Azmi itu bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Nad Zainal dan Syafie Naswip.

SUmber : Mstar

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *