Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenang pemergian dua anak lelakinya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang m4ut dalam kebak4ran tujuh tahun lalu.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyifatkan kehilangan tersebut adalah perkara meny4kitkan sepanjang kehidupannya.
View this post on Instagram
“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling s4kit pernah saya lalui sepanjang hayat saya.
Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulis usahawan berusia 51 tahun itu.
Hantaran itu memaparkan video kompilasi gambar Vida bersama anak-anaknya selain beberapa tangkap layar laporan berita berhubung tr4gedi berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikutnya turut berkongsi perasaan sebak dengan menitipkan doa buat kedua-dua Allahy4rham.
Al-Fatihah!
Semoga dipertemukan di syurga
Anak syurga…
Besar dug4an tapi kena reda
Terdahulu, arw4h Zuhdie dan Zikrie masing-masing berusia 11 serta 10 tahun ketika kejadian meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh.
Vida kini meneruskan kehidupan bersama dua lagi anaknya Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Eric Zakuan (Kacak) yang semakin meningkat remaja.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Instagram DatoSriVida