Zul Ariffin mengaku bers4lah, Harith Iskander persoal ‘storyboard’, skrip & hasil video disunting

Umum mengetahui pelakon terkenal, Zul Ariffin telah mengaku bersalah atas pertudvhan memuat naik klip video yang memaparkan elemen sumb4ng di media sosialnya dipercayai merupakan salah satu babak dalam drama Perempuan Itu pada Mac lalu.

Aktor berusia 36 itu dikenakan denda sebanyak RM30,000 di Mahk4mah Sesyen Sepang telah mengeluarkan kenyataan sejurus selepas pend4kwaan tersebut kepada media dengan menyatakan secara sin1s bahawa yang orang lain semuanya ‘malaikat dan hanya dia seorang yang tidak’.

Tidak lama kemudian produser drama terbabit, Erma Fatima telah memberi respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Zul Ariffin itu.

Menurut Erma, dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh aktor bertubuh sasa itu kerana tidak ada sesiapa pun yang syaitan ataupun malaikat.

Erma berkata, sebagai seseorang pelakon haruslah bijak menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan meskipun mendapat arahan daripada orang lain.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Erma Fatima terhadap maksud sindiran Zul Ariffin itu membuatkan pelawak dan pengacara, Harith Iskander bersuara.

Menurut Harith, dia ‘keliru’ dengan situasi sebenar yang berlaku selain mempersoalkan tindakan pihak terlibat memberikan final version kepada pelakon jika tidak mahu dimuat naik ke media sosial.

“Okey, saya keliru. Saya tahu Zul Ariffin muat naik video tersebut. Tapi, siapa bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip dan penyuntingan video? Kalau tak nak dimuat naik, kenapa beri final version kepada pelakon?”soal Harith menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Harith berharap agar terdapat pihak atau mana-mana individu tampil memberikan jawapan terhadap persoalan yang bermain di minda fikirannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Betul tu, Zul macam kambing hitam pula dalam kes ni

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai bersependapat dengan Harith Iskander. Mereka mengatakan sikap dan tindakan pihak terlibat sama seolah-olah menggunakan aktor tersebut sebagai ‘kambing hitam’.

Sumber: Instagram @harithiskander

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *