“Sebenarnya Saya Ni Pemalu, Kalau Dulu…,” – Nabil Tanya Macam Mana Tiba-Tiba Jadi Kelakar, Elly Mazlein Buka Cerita

Bintang versatil Elly Mazlein mengakui dia sebelum ini seorang yang pemalu dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain.

Menurut Elly, sikap tersebut mulai berubah selepas dia divji dengan isu sens4si sebelum ini.

“Sebenarnya saya ni pemalu orangnya. Kalau dulu siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya seorang yang tak banyak cakap. Saya tiada keyakinan dan sangat pemalu.

“Kadang kalau dengan orang, saya macam ‘eh nak cakap apa ni’. Sampailah satu ketika itu… kadang-kadang orang kata bila kita divji tu, jangan kita rasa burvk sangka pada Allah.

“Disebabkan satu dug4an menimpa pada diri saya ketika itu, tiba-tiba saya bertukar jadi macam… ‘no! Tak boleh macam ni, tak boleh orang bvli lagi.’

“Kemudian bila saya buat sesuatu susulan satu benda, tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ, saya merasakan ada orang yang bersama saya,” katanya.

Elly yang mesra disapa Kak Lina berkongsi cerita sejurus diundang sebagai tetamu jemputan di konti radio Era.fm sebagai kejutan buat Nabil.

@imago_rahman #CapCut bak kata kak lina malaysia perlukan kak lina…#gv9#kaklinapompom #ellymazlin #lucu #lawak #vote ♬ original sound – Imago_rahman

Terdahulu, ramai yang memberikan komen terhadap energi yang dibawa Elly ketika mengendalikan Gegar Vaganza kesembilan (GV9).

Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aksi spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.

Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.

sumber : Mh

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *