Rasa serba tak kena, Baby Shima pelik artis lain tayang ‘4set’ netizen pvji pula

Nama selebriti kontroversi, Baby Shima rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada sahaja cerita baru berkenaan dirinya yang menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga kerap ditegur pendakwah-pendakwah.

Selain konten-kontennya yang mengundang kecaman, penampilannya yang agak s3ksi turut menjadi perhatian netizen sehingga kerap dipandang negatif.

Pelik artis lain pakai s3ksi tak pula kena kec4m

Menerusi laporan dari Mstar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli  telah meluahkan rasa pelik terhadap sesetengah pihak yang kerap menghentamnya sedangkan apabila selebriti lain berpakaian s3ksi, tiada pula yang menegur mereka.

“Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih s3ksi sehingga menayangkan 4set tetapi tidak dikec4m.
“Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikec4m. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen,” katanya

Lebih terbuka terima kec4man

Walau bagaimanapun, Shima mengakui yang kini dia lebih terbuka dan tidak mengambil pusing lagi sebarang komen-komen dan kecaman netizen terhadap dirinya.

“Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengec4m kerana apa sahaja yang saya lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.
“Bagi makan kucing pun kena kec4m, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang,” ujarnya.

Lagi suka dihubungi secara peribadi

Tambah penyanyi itu lagi, dia pernah dihubungi oleh seorang pendakwah dengan memberikan teguran kepadanya dan akui bahawa lebih selesa dengan cara tersebut.

“Saya suka menerima teguran secara peribadi tanpa nama disebut kerana jika ditegur secara umum, saya jugalah yang akan menerima kecaman netizen nanti,” katanya.

Bercerita tentang perkembangan terkini kerjaya seninya, dia memaklumkan akan keluar dengan filem terbaru bertajuk  Biko yang akan ditayangkan di pawagam bermula 13 Oktober depan.

Antara pelakon yang sama membintangi filem tersebut adalah Azrel Ismail, Sara Ali, Syed Irfan dan Josiah Hogan dan diarahkan oleh Teng Bee.

Sumber: Mstar (Ain Norman)

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *