“I Sayang You Hingga Allah Memis4hkan Kita,” – Nabil Seb4k Terharu, Iring Isteri Naik Pentas Rai Anniversay ‘Live’ Di Pentas GV9

Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu.

Terlihat seb4k terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentas  menuju ke kek tiga tingkat yang tersedia.

“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.

“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.

Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.

Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.

“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.

Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.

Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.

Sumber : MH

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *