[VIDEO] Neelofa Men4ngis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah

Usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mencvri perh4tian warganet di media sosial. Kali ini, Neelofa dilihat seb4k ketika berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW di Persada Johor International Convention Centre.

Rasa dekat dengan Nabi Muhammad

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon berumur 33 tahun itu melawat Pameran Sejarah Nabi & Sahabat bersama Persetubuhan Kasih Neelofa, baru-baru ini.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengabadikan kenangan berharga ketika melihat beberapa barangan peribadi milik Rasulullah di Instagram Stories.

Ada helaian rambut, cebisan jubah dan capal Nabi. Meremang bulu roma dan rasa ibarat begitu hampir dengan Nabi tercinta.

Selain itu, bekas hos program MeleTOP ini juga dilihat menitiskan air mata beberapa kali sepanjang berada di pameran tersebut.

Allahumma Solli Ala Muhammad

>@moi_mademoiselle Bila tengok neelofa menangis kita pun ikut sebak ? #neelofa #nunha #rasulullah ♬ Ya Rasulullah – Raihan

Dalam video lain di TikTok, pemilik akaun @moi_mademoiselle turut berasa hiba melihat riak wajah isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh hati selepas melihat rakaman video itu. Rata-ratanya merasai perasaan yang sama seperti ibu kepada Muhammad Bilal.

Sumber: TikTok @moi_mademoiselle

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *