Titip pesan untuk orang ‘single’, ramai sent4p dengan Ryan Bakery?

Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang berhubung pesanan dititipkan personaliti TikTok popular, Ryan Bakery selepas dia selamat mendirikan rumah tangga pagi tadi.

Menerusi video dirakam pengguna TikTok @multazamnasir, personaliti berusia 27 tahun berpesan kepada golongan bujang agar meneruskan kehidupan meskipun ‘tidak bergun4’.

Kata-kata untuk orang ‘single’

“Teruskanlah hidup walaupun tidak berguna,” katanya disamping isteri, Elyia Ibrahim sambil ketawa.

Video berdurasi 10 saat itu kemudian tular di laman Facebook sekali gus menjadi perhatian orang ramai mengenai gurauan tersebut.

Rata-rata netizen menyatakan pesanan Ryan itu sungguh tidak kelakar malah menyinggung perasaan orang yang belum berahwin.

Mereka mempersoalkan, adakah golongan yang bergelar ‘single’ sememangnya tidak berguna disebabkan masih belum mempunyai pasangan hidup?

Dalam masa sama, terdapat juga segelintir individu ‘memujuk’ diri sendiri supaya tidak terasa hati dengan kata-kata gurauan berkenaan.

Ini kerana mereka bersangka baik dengan jodoh ditetapkan Allah SWT selain dapat juga berbakti serta menjaga ibu bapa.

Kali ni tak kelakar

Takut ayat tu makan diri

Kami ‘single’ ni.. jaga mak ayah

Peminat yang bijak akan tolak kata-kata ni

Mungkin tiada niat, tapi meluk4kan hati orang

Baru popular sikit.. dah somb0ng?

Terdahulu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami kepada Elyia selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Sumber: TikTok @multazamnasir , Instagram Ryan Bakery

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *