Polis nafi kes cvlik depan sekolah, rupanya rebvt hak jag4an anak

Polis mengesahkan kejadian seorang murid perempuan yang dilarikan di hadapan sebuah sekolah di Kepala Batas bukan kes vulik, susulan tular video di media sosial sejak Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu membabitkan perebutan hak penjagaan anak antara seorang wanita (nenek) dan bekas menantu (perempuan).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, wanita tersebut menyatakan cucunya dilarikan bekas menantu dengan menaiki sebuah kereta.

“Dalam kejadian itu, pengadu yang mengalami kec3deraan kemudiannya datang ke balai p0lis membuat laporan untuk tind4kan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati perebutan hak penjagaan ini berlaku sejak ibu dan bapa kanak-kanak itu berpis4h pada 2013.

“Proses tuntutan hak penjagaan masih lagi dalam perbicaraan di M4hkamah Tinggi Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Radzi berkata, ibu kanak-kanak berusia sembilan tahun itu juga telah membuat laporan polis selain menyatakan m4ngsa kini selamat di bawah jagaannya.

“Ibu m4ngsa menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam serta polis bagi menjalankan siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar yang kini video kejadian tular sehingga mencetuskan kegus4ran awam,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna laman Facebook bernama Aliff Aliff Aziz memuat naik dua rakaman video dpercayai berhubung kejadian terbabit.

Video pertama memaparkan seorang wanita berlari sehingga tersembam di atas jalan sewaktu sedang cuba mendapatkan semula cucunya.

Manakala video kedua pula memperlihatkan suami wanita itu turut pergi ke arah kereta bekas menantu bagi mengh4lang tindakan membawa lari kanak-kanak tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman) , Facebook Aliff Aliff Aziz

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *