Gara-gara perlu mem4kai bik1ni, pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz mended4hkan dia terp4ksa membuat keputusan untuk mel4rikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon untuk sebuah jenama antarabangsa demi menjaga marvahnya.
Ujarnya, dia bertindak sedemikian kerana kehendak uji bakat tersebut tidak mengikut garis panduannya sebagai seorang model dan tidak sanggup mencem4rkan dirinya untuk berbik1ni.
“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.
“Saya lihat semua model di situ memakai bikini kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model,” katanya.
Tambah pelakon yang berusia 51 tahun itu lagi,dia lebih selesa untuk tampil sebagai model muslimah yang menutup aurat dengan sempurna dan percaya rezeki Allah itu luas untuknya dalam bidang peragaan.
Bukan itu sahaja, Nasha yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam dunia peragaan, dia akan mempertimbangkan sebarang tawaran yang diterima daripada pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai model bagi sesuatu jenama.
“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.
“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya,”
“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.
Sumber: mStar (Ain Norman)