“Tugas kami hanya buat persembahan..”- Sabronzo ‘kunci’ mulut isu imej s3ksi Dolla

Salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo mengatakan dia terp4ksa ‘kunci mulut’ mengenai isu penampilan s3ksi mereka ketika membuat persembahan di festival Good Vibes Weekender pada minggu lalu.

Kunci mulut

Ketika ditemui OhBulan, salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut.

Kata Sabronzo, 27, dia menghormati keputusan pihak pengurusan iaitu Universal Music yang mahu mengeluarkan kenyataan rasmi, tidak lama lagi.

Bagi pihak Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab mereka yang akan lakukan.

Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan saya untuk beri kenyataan.

Sabronzo berkata demikian ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di Shangri-La Hotel Boutique, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kami hanya artis

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli berkata tugas Dolla hanya menjayakan persembahan, perihal lain diserahkan kepada pengurusan.

Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan. Sebagai artis, kami hanya ikut saja.

Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi. Itu sahaja.

Pada minggu lalu, anggota Dolla yang terdiri daripada Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya dilihat menggayakan empat gaya berbeza yang seksi.

Ada segelintir netizen yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang mengenakan jaket hitam labuh.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikrit1k kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi s3ksi dan menggod4.

Sumber: Instagram @dolla.official

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *