Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak men4ngguk di air kervh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk tidak men4ngguk di air keruh terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, sehingga tanpa sedar memberi mesej burvk terhadap institusi agama.

Hormat perbicaraan sehingga selesai

Beliau juga berharap orang ramai khususnya di media sosial supaya menghormati proses mahk4mah dan tidak mengulas kes perbicaraan terbabit.

Menerusi laporan dari Berita Harian, beliau khuatir ulasan terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah itu yang sedang berlangsung  boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama Islam sedangkan ramai agamawan di luar sana berusaha membawa mesej agama kepada masyarakat dengan ikhlas.

“Saya menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.
“Saya mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun membabitkan insan dikenali, namun ia adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahk4mah.
“Perlu untuk kita menghormati proses mahk4mah dan serahkan ia kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan tugasnya,” katanya.

Pes4nan kepada pendakwah diluar sana

Dalam pada itu, Idris turut menitipkan pesan kepada  semua pihak agar terus memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali buat para pendakwah dan public figure yang mempunyai pengikut yang ramai.

Tambah beliau,  kaedah fiqh ada menyebut bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukvman yang membenarkan kes yang berlangsung.

“Namun kita tetap tidak bersetuju dengan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang. Apatah lagi perlakuan yang mencer0boh kehorm4tan diri. Jika berlaku jen4yah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.
“Jika sabit kesal4han, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapapun dia. Ini adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.
“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam yang bertanggungjawab dalam apa jua situasi supaya Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang muslim,” katanya.

Perbicaraan kes Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim kini memasuki hari kedua yang berlangsung di Mahkamah Majistret, Tenom.

Pendakwah selebriti itu telah berdepan 11 pertudvhan g4ngguan seksu4l yang dikaitkan dengan dirinya.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *