Video memperlihatkan penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza sedang mengalunkan bacaan selawat menarik perhatian wargamaya.
Perkongsian video berkenaan telah dimuat naik oleh pemenang pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut di laman Instagramnya baru-baru ini.
Difahamkan kedua-dua mereka telah bertemu di sebuah majlis ilmu yang dianjurkan oleh pasangan usahawan Asyraf Khalid dan Tya Arifin di kediaman mereka pada Ahad sebelum Farhatul mengambil kesempatan untuk mengajak Siti berselawat.
“Masha-Allah sangat-sangat merdu suara emas Datuk Sri Siti kesayangan semua ini, sangat humble,” tulis Farhatul pada kapsyen.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, dilihat Siti yang mengenakan tudung berwarna coklat lembut terlebih dahulu mengalunkan bacaan selawat yang kemudiannya disambung Farhatul sebelum kedua-dua mereka serentak menamatkan bacaan selawat berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas, memberikan pujian kepada Siti dan Farhatul.