Sedar suara biasa & tak cantik, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian

Lama tidak dengar khabar penyanyi muda, Najwa Latif yang pernah memeriahkan industri seni Tanah Air dengan lagu-lagu popularnya seperti Cinta Muka Buku, Kosong, Untuk Dia dan banyak lagi.

Namun begitu, penyanyi berusia 27 tahun ini sekarang sudahpun mempunyai pekerjaan tetap apabila bergelar pensyarah  di salah sebuah Institut Penganjian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Ditanya bila nak masuk Gegar Vaganza

Walau bagaimanapun, Najwa atau mesra disapa Wawa masih aktif di media sosial dan sering berinteraksi bersama peminat menerusi Q&A yang di laman Insta Story.

Baru-baru ini, dia telah ditanya berkaitan perkembangan nyanyiannya sama ada bercadang untuk menyertai pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza bagi membuat comeback dalam industri seni.

Akui suara tak heb4t, rupa pun biasa saja

Menurutnya, dia sedar bahawa tahap vokal suaranya tidak begitu hebat dan melihat diri  tidak mempunyai pakej lengkap seperti peserta yang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.
Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.

Tak reti sangat berg4ul dengan orang lain

Tambahnya, dia juga sedar akan rupa parasnya dan kurang biasa berg4ul dengan individu lain. Jadi, pelantun lagi Adamu ini lebih memilih untuk membuat hal sendiri.

Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.
“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Masih bergelar pensyarah tapi di tempat baru

Dalam pada itu, Wawa turut menjawab soalan berkenaan tempat kerja barunya dimana dia mempunyai ruangan sendiri serta cop namanya sebagai seorang pensyarah bahasa Inggeris.

Untuk info, Najwa Latif mulai dikenali apabila kerap berkongsi bakat nyanyiannya di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi.

Lagu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertamanya telah meledak sehingga membawanya ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 pada usianya 16 tahun.

Sumber: Instagram Najwalatif

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *