SAKSI pertama dalam perbicaraan kes g4ngguan seksval menampilkan seorang konsultan membabitkan aktivis terkenal, Ebit Lew yang berlangsung di Mahk4mah M4jistret Tenom pada sesi pagi Selasa.
Selain itu, mahk4mah turut memanggil enam individu bagi menjalankan proses pengec4man oleh s4ksi pertama pihak pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, termasuk seorang pendakwah, Firdaus Wong serta tertvduh, Ebit Lew, 37 atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim.
Dalam prosiding itu, Mohd Fairuz memberitahu mahk4mah beliau sebagai seorang konsultan dan turut memberi kesedaran terhadap isu pendidikan seksu4l, jenay4h seksval kanak-kanak dan lain-lain termasuk g4ngguan seksu4l terhadap wanita di luar menerusi media sosial miliknya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kepada mahk4mah bahawa pada 26 Julai 2021 dia telah berkongsi di Facebook miliknya berhubung seorang pendakwah selebriti yang telah melakukan g4ngguan seksu4l terhadap seorang wanita.
“Dalam perkongsian di Facebook itu, saya mencadangkan kepada wanita lain yang menjadi m4ngsa supaya menghubunginya untuk dibantu dari segi kaunseling, psikologi dan juga membantu mereka melaporkan kepada pihak pol1s,” katanya.
Berikutan hantaran itu, beliau menerima berpuluh mesej termasuk seorang m4ngsa wanita yang menghubunginya pada jam 11.43 malam 27 Julai 2021 yang meng4du menjadi m4ngsa Ebit Lew.
“Awalnya wanita itu tidak memperkenalkan diri serta namanya. Apa yang beliau mesej saya adalah bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam hantaran saya pada 26 Julai 2021.
“Bila saya menyebut tentang Ebit Lew maka wanita itu terus kongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau dan juga menghantar gambar kem4luan yang diberikan Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.
Katanya lagi kepada mahk4mah, tangkap layar berkenaan kemudian diberikan kepada Firdaus Wong yang juga ketika itu sedang mengendalikan k3s yang sama melibatkan Ebit Lew berkaitan wanita lain.
Mohd Fairuz memberitahu kepada mahk4mah bahawa dia telah menghubungi wanita itu untuk mendengar secara penuh kronologi berhubung kes g4ngguan seksu4l terhadapnya sebelum mencadangkan kepadanya untuk membuat laporan pol1s.
“Awalnya beliau t4kut-t4kut, rasa tidak selamat untuk berkongsi namun selepas saya menenangkan beliau, barulah dia berkongsi A-Z (dari awal hingga akhir).
“Maka saya mencadangkan kepada beliau untuk membuat lapor4n p0lis tetapi beliau takut dan berkata ‘saya orang kecil saja, Ebit Lew orang besar’.
“Jadi saya berkata, jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat lap0ran pol1s maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew,” katanya.
Mohd Fairuz kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah bertemu dengan wanita itu secara peribadi tetapi bertemu di balai polis pada 7 Ogos.
“Saya juga dipanggil menjadi s4ksi untuk memberi kenyataan kepada pihak polis dan telefon saya telah diberi kepada pihak polis,” katanya.
Ketika memberi keterangan di mahk4mah itu, Mohd Fairuz diminta mengec4m tiga pegawai polis yang mengendalikan kes itu.
Perbicaraan kes pendakwah itu ditangguh pada tengah hari sebelum disambung semula pada jam 2 petang di mahkamah sama.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala Ebit diwakili peguamnya, Ram Singh serta Kamarudin Mohmad Chin manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Sumber : SinarHarian