Harga barang yang semakin mahal sememangnya membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia terbeb4n. Langkah paling mudah untuk menjimatkan kos makan adalah dengan memasak juadah di rumah.
Namun begitu, bukan semua berkesempatan untuk memasak memandangkan ramai yang terges4-ges4 pergi mencari rezeki di awal pagi.
Peniaga r4lat dengan sik4p pelangg4n
Jadi, membeli sahaja makanan di luar adalah pilihan utama mereka. Akan tetapi, sebagai pembeli kita seharusnya peka dengan kos pembuatan makanan tersebut dan tidak terus menvduh penjual sengaja meletakkan harga yang tinggi untuk juadah yang mereka jual.
Hal ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @toklee_grandpader yang merupakan peniaga nasi lemak apabila jualannya dikatakan mahal sedangkan harga yang diletakkan agak murah berbanding portion yang diberi.
@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok ♬ original sound – toklee_granpader
Harga RM3 tetap ada lauk daging
Ujarnya, dia sudah let1h menjawab persoalan pelanggan yang tidak sudah-sudah membandingkan harga nasi lemaknya sedangkan mereka tahu dia menjual nasi lemak dengan lauk daging sambal.
“Dah let1h nak hadap semua ni. Untuk mak cik atau pak cik bawang, atok nak cuba buka ment4liti semua. Ni ada 2 nasi lemak. Telur, kacang, ikan bilis, timun. Semua sama kecuali kuantiti lauk daging. Untuk yang sedikit, ada yang jual RM3.”
Harga RM5 portion lagi besar
“Dan untuk yang daging banyak macam ni, atok jual RM5 (gambar bawah). Memang sama, tapi cubalah tengok portion dia. Daging yang ni banyak mana, yang tu banyak mana. Kalau hampa nak cakap RM3 murah, memang lah murah sebab RM3, dia letak lauk sedikit.
Yang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengok lah banyak mana daging dia. Hampa jangan lah cakap m4hal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu, cubalah tengok balik daging atok banyak mana. Hampa tahu ke daging sekilo berapa yang hampa nak cakap m4hal tu?”luahnya.
Janganlah kata m4hal
Jelasnya lagi, dia tidak kisah andai mahu membeli nasi lemak yang lebih murah, namun janganlah mengatakan nasi lemak yang dijual mahal sedangkan mereka tahu lauk-lauk yang ditambah di dalamnya tidak sama dengan nasi lemak kosong.
“Hampa nak pilih nasi lemak murah, atok boleh terima tapi janganlah cakap atok jual mahal. Hampa faham tak keadaan atok ni macam mana. Hampa nak compare harga nasi lemak atok RM5 dan nasi lemak orang jual RM3 boleh, tapi tengoklah portion dia sekali lagi. Tolonglah jangan bawa mulut. Jangan nak jatuhkan periuk nasi atok sebab atok berniaga,” ujarnya.
Tambahnya, dia boleh sahaja menjual nasi lemak dengan harga yang murah namun dia lebih memikirkan tentang kualiti serta kepuasan pelanggan tiap kali menikmati masakannya.
“Atok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari,”katanya lagi.
Mana nak dapat harga murah macam ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat menyokong apa yang dikatakan peniaga terbabit kerana faham harga barangan masak sekarang m4hal.
Bahkan mereka merasakan harga tersebut bersesuaian dengan portion yang diberi kerana nasi lemak berlaukan daging atau sebagainya kadang-kala jauh lebih m4hal berbanding yang dijual oleh peniaga berkenaan.
Kira murah sangat la ni
Nasi lemak kosong pun RM2.50 sebungkus tau
Dekat sini harga daging je dah RM5
Ni bukan konten
Sumber: TikTok @toklee_grandpader