KES4L dengan apa telah terjadi kepada dirinya, seorang wanita berkongsi tangkap layar perbualan bersama bekas tunang di media sosial.
Dia mend4kwa, lelaki tersebut sering meminjam wang daripadanya sejak mereka masih bercinta sebelum nombor telefonnya disekat (block) dan tidak lagi dapat dihubungi.
Berkongsi kisahnya dengan mStar, Syahira Azreen, 23, berkata dia amat menyes4l kerana sanggup membiarkan bekas tunangnya itu berhutang wang daripadanya dianggarkan berjumlah RM5,000.
View this post on Instagram
“Mula-mula saya memang percayakan dia sebab dia cakap nak g4nti balik duit yang dipinj4m. Dia pun ada guna duit saya dulu dalam RM2,500 tapi diganti balik.
“Lepas tu dia asyik minta lagi. Setiap kali pinj4m tak pernah bawah RM50, mesti RM100 ke atas saja. Kalau saya tak nak bagi dia akan telefon saya berulang-ulang kali.
“Kalau saya nekad tak layan, dia akan mesej dekat WhatsApp sampailah saya rimas. Akhirnya saya bagi juga sebab nak suruh dia di4m,” ujarnya yang senang disapa Chaa.
Menurut Chaa yang merupakan anak tunggal dalam keluarga, semakin lama mereka menjalinkan hubungan, lelaki itu semakin ‘r4ncak’ meminj4m wang walaupun hut4ng terdahulu masih belum dibayar.
Chaa yang enggan berkongsi tentang pekerjaannya mend4kwa, pelbagai alasan diberikan lelaki itu ketika mahu meminjam wang malah dia sering menabur janji manis untuk membayar hut4ng itu semula.
“Sepanjang saya dengan dia, memang dia asyik berhutang saja. Kononnya nak beli barangan motosikal dan banyak lagi alasan lain. Bukan sikit-sikit dia minta. Padahal gaji saya lagi rendah berbanding dia setiap bulan.
“Sebelum kami putuskan untuk bertunang dulu, dia dah bayar segala hutang. Jadi saya ingatkan dia okay, itu yang saya teruskan juga pertunangan kami. Tak sangka lepas bertunang lagi tervk.
“Masa bertunang barang hantaran pun guna duit saya. Buat makan-makan pun famili saya t4nggung. Anggaran kos majlis bertunang dalam RM2,000. Dia cuma beli cincin saja,” katanya.
Chaa merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Tidak lagi mampu bert4han, Chaa memutuskan ikatan pertunangannya pada 3 Jun lalu, lebih sebulan selepas majlis pertunangan diadakan iaitu pada 7 Mei 2022.
Sehingga kini, Chaa yang menetap di Johor Bahru, Johor mendakwa hutangnya hanya dilangsaikan sebanyak RM300 sahaja daripada jumlah keseluruhan dianggarkan RM5,000.
Malah, apabila diminta supaya segera menyelesaikan segala hutang, lelaki itu didakwa mengugut Chaa untuk menyekat nombor telefonnya.
“Kami memang dah tak ada hubungan apa-apa sampai hujung bulan Jun.
“Bila saya asyik tekan minta dia bayar, dia suruh cakap elok-elok. Katanya kalau dia tak nak bayar, dia dah lama bl0ck saya. Tapi akhirnya memang dia block.
“Saya menyes4l kenal dia walaupun sebulan saja kami bertunang. Sekarang saya dah tak boleh nak cari dia untuk minta duit sebab dah tak boleh berhubung,” ujar Chaa lagi.
Susulan perkongsian Chaa di TikTok, dia menyatakan bahawa video dikongsi bagi memberi sebagai kesedaran kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati memilih lelaki sebagai pasangan hidup.
Wanita ini bertunang pada 7 Mei 2022 dan pvtus sebulan kemudian.
“Untuk semua kaum hawa, kalau baru kenal lelaki dan dia dah mula nak pinjam duit, jangan tunggu lama lama. Tolonglah tinggalkan dia.
“Lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan melakukan perkara macam tu. Jangan kasihankan dia. Nasib baiklah saya sedar awal sebelum berkahwin dengan dia,” ujar Chaa.
Sumber : Mstar