Kejut4n Tomok Dapat 80.00 Peratus, Roy Kapilla Rendah 53.20 Peratus, Ini Markah Sebenar Diraih Semua 13 Peserta GV9

Penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang tersingkir pada saingan konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Roy menduduki carta markah paling bawah di kalangan para peserta yang bertanding iaitu dengan 53.20 peratus.

Sementara itu, Tomok memberikan kejutan apabila mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 80.00 peratus.

Semalam, Tomok menyampaikan lagu berjudul Janji Padamu yang dipopularkan oleh kumpulan Exist.

Kedudukan kedua disandang Hazrul Nizam dengan 79.80 peratus sementara Shila Amzah yang menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa berada di tempat ketiga iaitu dengan 78.90 peratus.

Ditampilkan senarai lengkap markah yang diperolehi kesemua peserta bertanding;

Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,00.

Manakala Jaclyn Victor pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang penapis udara bernilai RM3,350.

Minggu ini, 13 peserta GV9 diadili oleh juri tetap GV9 iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Sumber : Mh

About admin

Check Also

Puteri Sarah Enggan Berd4mai, Nekad Mahu Bercer4i

Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *