Penampilan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad yang hadir ke program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan semalam ternyata meraih perhatian netizen selepas dia menerima usikan manja daripada pengacara, Elly Mazlein bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @Affendy Jailani di laman TikToknya, kelihatan Sharnaaz sedang duduk bersebelahan dengan aktres Emma Maembong sambil memakai cermin mata berwarna hitam.
@affendyjailani Kita doakan yang baik-baik #gegarvaganza9 #gegarvaganza #shilaamzah ♬ original sound – Affendy Jailani
Dalam video itu, sebaik sahaja penyanyi popular, Shila Amzah selesai memberi persembahannya pada minggu kedua, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina menggunakan peluang yang ada untuk memberi usikan kepada kedua selebriti tersebut.
“Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik,” usik Kak Lina disertai dengan sorakan penonton yang hadir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan yang diberikan oleh Kak Lina kepada kedua-dua selebriti tersebut dan menyifatkan situasi tersebut akan lebih hvru-h4ra jika Nabil turut berada pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kak Lina dan mendoakan agar kedua-dua selebriti itu dijodohkan semula.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Resepi Media
Sumber : OMM
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.