Pelawak dan penyanyi, Achey akui kumpulannya, Cili sedikit sebanyak terkena tempi4s susulan isu h4ngat yang pernah melanda salah seorang anggotanya, Ali Puteh.
Tidak mahu menoleh ke belakang, Achey bagaimanapun mendedahkan mungkin para penonton tidak akan dapat mengamati sesebuah persembahan itu sekiranya perasaan mereka ditutupi rasa tidak puas hati.
“Bila kita mahu menonton sesebuah hiburan tetapi meletakkan perasaan b3nci terhadap seseorang individu itu, kita tidak akan dapat hiburan itu. Persembahankan itu tidak dapat diamati kerana ditutupi perasaan tersebut.
“Perasaan dan bakat merupakan satu benda yang berlainan. Kalau kita tengok seseorang itu melalui bakatnya kita akan ketepikan perasaan suka atau tidak.
“Namun, kalau baru je tengok dan terus kata tak suka, kita akan lupa pada bakatnya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Achey turut berpendirian bahawa pemilihan Ali di dalam kumpulannya adalah keputusan yang tepat.
“Bila orang tanya kenapa masukkan Ali, jawapan saya mudah kerana bakat yang dia ada. Bukan kerana apa yang dia lalui dalam kehidupan. Niat kena betulkan.
“Memang benar masyarakat kini semakin bijak menilai lawak tapi janganlah meletakkan hiburan dan perasaan di aras yang sama. Itu yang membuatkan kami pening.
“Kalau saya jadi penonton, saya pun boleh cakap yang saya tak suka orang ini atau orang itu. Namun, jika persembahannya outstanding tetapi saya tak suka orang itu, saya tetap akan hormati kerana bakat yang dia miliki.
“Ramai yang pergi ke emosi dahulu sebelum menilai sesebuah jenaka. Tak seronoklah begitu,” kongsinya lagi.
Sumber : Mh