[VIDEO] ‘Tak Payah Bangga Ada Kekasih Bukan Beragama Islam’ – PU Syed

Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Yazmin Aziz kerap menjadi bualan ramai di media sosial. Bermula dengan isu penampilan yang agak s3ksi dan diikuti dengan kisah percintaan bersama pemain import kelab TRW Kelantan FC iaitu Nixon Guylherme Brizolara.

Tidak patut dipertontonkan

Kerap kali tayang kemesraan dengan teman lelaki telah mengundang tegvran daripada pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed.

Menerusi video di Instagram (IG), PU Syed menegaskan perbuatan Yazmin itu tidak wajar ditayang kepada umum memandangkan dia ber4gama Isl4m.

Malaysia tidak pernah sunyi dengan melibatkan isu tentang orang yang dikenali. Terbaharu, saya dapat tahu tentang Yazmin yang men0njolkan kehidupan bersama kekasih bukan Isl4m.

Ini satu perbuatan yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini.

Ajak bf masuk Islam

Selain itu, PU Syed mengingatkan pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz untuk berpegang teguh pada landasan syariah. Katanya, kehidupan sebagai umat Islam ada halal dan haram dalam setiap perkara.

Kalau kamu rasa nak bercinta dengan seorang bukan beragama Islam, pastikan ia berlandaskan syariah. Pertamanya mestilah seorang Islam.
Kehidupan sebagai umat Islam ada landasan halal dan haram. Segala yang ditunjukkan di media sosial merupakan perbuatan maksiat seperti berpelukan dan berpakaian tidak senonoh.
Ini semua tidak dibenarkan syarak dan ia boleh menjadi contoh buruk kepada masyarakat.

Dalam pada itu, PU Syed turut berharap agar bekas peserta Big Stage musim keempat itu segera bertaubat dan mengajak kekasihnya memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Yazmin meluahkan rasa hairan apabila ramai yang mempersoalkan agama teman lelakinya itu.

Sumber: Instagram @pusyed_official

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *