Syafiq Kyle sudah bersedia untuk bergel4r suami dan akan Nikah pada..

Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.

Memetik Kosmo, aktor berusia 30 tahun itu berkata dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan tiada majlis pertunangan sebaliknya akan terus adakan majlis pernikahan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini. Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama,” katanya.

Syafiq turut menafikan khabar angin mereka bakal bernikah hujung tahun ini. Bagaimanapun, Syafiq berkata buat masa ini mereka belum ada tarikh dan tidak akan merahsiakan.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut.

“Setakat ini kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya seni terlebih dahulu. Insya-Allah, kami tidak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” katanya.

Terdahulu, hubungan pasangan itu terputus sekitar Mei 2020 selepas lima tahun dikhabarkan bercinta. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali terjalin beberapa bulan kemudian.

SUMBER :  KOSMO

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *