Bulan 2 Minta Restu Tapi Bulan 9 Nikahi Orang Lain, Gadis Ucap Tahniah Pada Ex

Sekitar tahun lalu, lelaki bernama Surya Manurung sempat tular di TikTok kerana dia dan ahli keluarga lain mengalami Sindrom Treacher Collins. Akibat komplikasi kelainan genetik, anggota wajah seperti mata, mulut, hidung atau telinga akan berada di posisi berbeza misalnya miring ke bawah, cengkung atau bentuk abnormal (terlebih besar atau terlebih kecil).

Disia-siakan oleh bekas teman lelaki, dijadikan ratu dengan yang sekarang

Bergelar TikTokers terkenal, 24 Februari lalu ramai ucapkan tahniah kerana lelaki ini sudah mempunyai pasangan istimewa. Hal itu dikongsikan oleh teman wanitanya sendiri, Winda Sabella menyaksikan mereka di acara minta restu dipercayai mahu melanjutkan hubungan ke fasa lebih serius. Dengan imej berpurdah, netizen menyifatkan Surya sebagai jejaka bertuah kerana gadis itu tulus menerima kekurangan dirinya. Walaupun dituduh bercinta kerana duit, Winda menafikan hal tersebut kerana dia juga ada perniagaan sendiri.

@windasabella92 ? @surya.manurung ♬ suara asli – gtn pusat Ririn admn skretaris – ?RIRIN sekretaris all GTN?

Sarapan pagi dengan isteri tercinta

Akhirnya pada semalam, Surya telah selamat mengakhiri zaman bujang di usia 28 tahun. Di saat netizen terkejut kerana menyangka Winda sudah membuka purdah ketika akad nikah, rupanya isteri lelaki itu merupakan wanita lain bernama Shasa. Berdasarkan video ini, Sasha begitu manis mengenakan busana indah.

@surya.manurung Alhamdulillah Ya Allah, #keluargamanurung #suryamanurungmenikah #suryamanurung edit by @IG@bams_marpaung ♬ suara asli – SURYAMANURUNG

Orang baik bertemu dengan yang baik…Sedar diri kerana status

Di sebalik itu, Winda pula memuat naik video lain dengan latar lagu sedih dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu. Meskipun merahsiakan punca mereka tidak berjodoh, kapsyen yang ditulis seakan-akan menggambarkan kekecewaan di hati.

@windasabella92 #stitch dengan @SURYAMANURUNG #MenantuMamakmu ♬ suara asli – A♡W

Kredit : TikTok Winda Sabella & Surya Manurung

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *