Belanja minyak petrol ‘free’, Caprice m0hon maaf jadi pvnca keses4kan jalan raya

Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli tampil membuat perm0honan maaf kepada semua pengguna jalan raya terlibat kerana telah menyeb4bkan kesesakan lalu lintas.

Difahamkan, penyanyi berusia 34 tahun itu memberi minyak petrol secara percuma buat orang ramai di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
>Caprice m0hon maaf, tak sangka ramai serbu & jalan jadi s3sak
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram, Caprice menyatakan dia tidak menyangka stesen minyak tersebut diserbu ratusan orang ramai yang mahu mengisi petrol secara percuma seperti diberitahu beberapa hari lalu.

“Pertama kali saya ingin mem0hon maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang kerana berlaku kes3sakan teruk hari ini (semalam).

“Saya sendiri tak sangka suasana menjadi kecoh dan havoc sehingga berlaku kes3sakan yang tervk sehingga ke KLCC,”ujar Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Tambah Caprice, pihaknya masih tidak mampu mengawal kesesakan jalan raya walaupun dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis.

“Sebagai penganjur, saya mohon maaf,”katanya lagi dalam video dimuat naik dalam Instagram.

Sambutan menggalakkan sampai terp4ksa menutup stesen minyak buat sementara waktu

Caprice atau turut dikenali dengan panggilan Daddycap berkata, pihaknya terpaksa menutup buat sementara stesen minyak tersebut selepas kehabisan petrol untuk diberikan kepada pengguna jalan raya yang masih beratur menunggu giliran.

“Selepas kehabisan petrol, kami terpaksa menutup stesen minyak buat sementara waktu walapun masih ramai yang beratur,”jelasnya.

Dalam pada itu, pelatun lagu berjudul Xde Hal Bro turut berkongsi rasa bersalah apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan seperti askar dan jururawat tidak berpeluang mengisi minyak walaupun sudah beratur berjam-jam lama.

“Saya perasan ramai pengguna dalam kalangan kakitangan seperti askar dan jururawat yang beratur tidak dapat mengisi minyak walaupun telah lama beratur.
“Saya rasa bersalah sebab keluarga saya juga merupakan kakitangan kerajaan. Ibu saya merupakan seorang jururawat dan ayah saya pula bertugas di Wisma Putra. Saya rasa teruk sangat,”luah Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sebagai tanda menebus kekesalan itu, penyanyi itu mengatakan dia mahu menganjurkan sekali lagi pemberian petrol percuma khas untuk kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur yang akan diumumkan kelak.

Selain itu, Caprice juga memberitahu dia akan hadir ke Pulau Pinang pada minggu hadapan bagi tujuan tersebut.

>“Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur (akan diumumkan kemudian) dan di Pulau Pinang untuk semua orang pada minggu hadapan. Insya-Allah.
“Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk belanja rakyat,” katanya.

Terdahulu Caprice memberitahu dia memperuntukan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma dan memberikan  hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *