Genap 7 bulan, Ernie Zakri ‘update’ perkembangan anak – “Banyak cakap”

Penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri berkongsi perkembangan mengenai puteri sulungnya Nur Khawla Soleha yang sudah memasuki usia tujuh bulan.

Menerusi satu posting di laman Instagram, penyanyi berusia 30 tahun itu memaklumkan anaknya memasuki fasa gemar ‘berbual’ dan menggigit benda yang berada di sekelilingnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“Hari ni (semalam) anak soleha Daddy Eibu masuk tujuh bulan. Banyak cakap. Semua benda nak dig1git. Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayaaaaaaaang dia,” tulis Ernie.

Penyanyi laguKu Bersuara itu memuat naik beberapa keping gambar anaknya sekali gus menerima lebih 30,000 tanda suka dalam kalangan pengikut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan peminat rata-rata memuji kecomelan Khawla selain mengakui wajah bayi tersebut lebih kepada ibunya sehingga digelar ‘mini Ernie’.

Comelnya Khawla!

Nampak muka ibu dia…

‘Mini Ernie’ ni

Muka daddy sikit, ibu sikit

Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri melahirkan cahaya mata pertama itu pada 22 Februari lalu sebelum mendedahkan wajah Khawla ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Instagram Ernie Zakri

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *