“Arw4h Tetap Ayah Saya Sampai Akhirat…,” – Bekas Bapa Mentua Meninggal Dunia, Jasmin Hamid Syukur Suami Beri Izin Urus Jenazah

Pelakon, Jasmin Hamid berkongsi khabar dvka selepas memaklumkan bekas bapa mentuanya, Johari Macquistan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Khamis.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Jasmin menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Jasmin, meskipun hanya sempat bergelar menantu selama setahun, namun, hubungannya bersama bapa mentua tidak pernah terpvtus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Allah maha baik. Setahun Allah beri saya peluang untuk berbakti kepada Johari Macquistan. Terima kasih Allah.

“Walaupun arw4h adalah bekas bapa mentu saya dari perkahwinan pertama saya tapi arw4h tetap ayah saya hingga akhirat kerana kami tak batal wuduk.

“Dad meningg4l kerana s4kit tua. Wajahnya Arwah dad persis seperti dad sedang tidur masa meningg4l,” tulisnya.

Katanya lagi, dia juga bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menguruskan jenaz4h bapa mentuanya itu.

“Khamis pagi hujan lebat seperti petanda kesedihan yang akan kami hadapi. Sebelum Zohor, saya terima panggilan bahawa dad dah tak ada. Saya minta izin suami untuk tolong uruskan jenaz4h dad.

“Syukur alhamdulillah, rezeki dad dan semua urusan berjalan dengan lancar dan cepat sehingga ke liang lahat,” kongsinya lagi.

Menerusi sebuah lagi entri berasingan, Jasmin bersama anak lelakinya turut dilihat berada di samping arw4h sewaktu dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Pada masa sama, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat bapa mentuanya itu.

“Terima Kasih pada saudara mara, jiran tetangga, kenalan, khariah masjid dan perkuburan yang membantu kami menguruskan hal jen4zah arw4h hingga ke liang lahat.

“Terima Kasih juga pada kalian yang panjatkan doa buat arw4h dan ucapan Takziah buat kami sekeluarga. Love you so much dad m4ti itu pasti, katanya lagi.

Sekadar informasi, Jasmin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Ian Rashid Macquistan sehingga dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq

Bagaimanapun, Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 2008.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *